SMK PUCHONG

Tuesday, 1 May 2012

Latar Belakang Sekolah

 

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH MENENGAH PUCHONG


Sejarah sekolah bermula pada 6 Januari 1975 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Puchong. Namun begitu bangunan SMR Puchong belum siap sepenuhnya. Oleh itu semua pelajar terpaksa menumpang di Sekolah Rendah Tamil Killing Hall buat sementara waktu. Apabila bangunan SMR Puchong yang sebenarnya siap, para pelajar berpindah semula ke  sekolah yang baru. Pengetua yang pertama ialah En. Sarhadat bin Baharuddin dan Guru Penolong Kanannya ialah En. Chan Swee Seng. Pada masa itu jumlah bilik darjahnya ialah 7 buah. Sementara bilangan pelajar ialah seramai 242 orang. Tenaga pengajarnya ialah 5 orang.

Di  awal tahun 1979, Pengetua sekolah ini telah bertukar ke Sek. Men. Taman Keramat dan tempatnya dipangku oleh En. Chan Swee Seng sehingga akhir tahun.  Pada 1 Januari 1980, En. Baharum bin Mattan telah ditugaskan di SMR Puchong ini sebagai pengetua yang baru. Beliau dibantu oleh En. Saharuddin bin Hj. Darwis selaku Penolong Kanan. Pada tahun ini jugasebuah bangunan tambahan yang mengandungi 8 bilik darjah dan 3 buah makmal sains tulen telah siap dibina dan digunakan.

Atas inisiatif Tuan Pengetua, di awal tahun 1980 dengan rasminya nama sekolah telah ditukar daripada Sekolah Menengah Rendah Puchong kepada Sekolah Menengah Puchong. Dengan pertukaran nama ini, tulisan SMR pada lencana juga diubah kepada SMP dan kekal sehingga hari ini.

Pada Oktober 1977, kumpulan pertama pelajar sekolah ini telah menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran. Jumlahnya ialah 94 orang. Dengan ini  pada tahun berikutnya sebuah kelas Tingkatan 4  Sastera telah dimulakan. Namun begitu, beberapa orang pelajar yang terpilih dalam aliran sains telah berpindah ke Sekolah Menengah Petaling.

Pada November 1979, seramai 44 orang pelajar telah menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia buat kali pertama. Seterusnya kelas-kelas Tingkatan 4 bertambah termasuk kelas aliran sains. Pada tahun yang sama juga mata pelajaran perdagangan tingkatan satu dimulakan di sekolah ini. Memandangkan bilangan pelajar yang semakin meningkat, Pihak Kementerian Pendidikan telah memberi peruntukan untuk membina bangunan baru. Bangunan tersebut siap pada Mac 1983.  Walau bagaimanapun hanya pada tahun 1985, bangunan tersebut baru dapat digunakan.

Pada 31 Januari 1988, En. Baharum bin Mattan telah bertukar ke Sekolah Menengah Raja Mahdi, Kelang dan tempatnya dipangku oleh En. Hasran bin Rafie selama 3 bulan. Pada 1 April 1988, pengetua baru iaitu Tuan Haji Zainal Abidin bin Mokhtar telah ditempatkan di sekolah ini. Beliau bertugas sehingga 16 Oktober 1992.

Seterusnya pada 16 Oktober 1992, En. Ishak bin Talaha telah mengambil alih tugas sebagai Pengetua dan Guru Peenolong Kanan disandang oleh Cik Khoo Guat Khim. Sekolah Menengah Puchong dinaikkan taraf menjadi sekolah kategori A. Sejajar dengan itu berlaku perubahan dalam struktur organisasi sekolah dengan penambahan jawatan Penolong Kanan Hal-Ehwal Pelajar yang disandang oleh Puan Hajah Suriati binti Ismail. Sekolah ini juga mempunyai empat  orang Ketua Bidang yang menerajui Bidang Bahasa, Sains, Kemanusiaan serta Teknik dan Vokasional.

Sebuah dataran sekolah beharga RM20,000 dibina berhampiran Bangunan Blok D. Tujuan dataran ini ialah untuk memudahkan pelajar berhimpun dan menjalankan berbagai aktiviti termasuk permainan. Sebuah bangunan tambahan telah dibina pada tahun 1997 dan digunakan sepenuhnya pada 1998. Bangunan ini ialah bangunan Blok E. Pada tahun 2000 sebuah surau didirikan oleh pihak PIBG sekolah hasil kutipan derma dari pelajar dan orang ramai serta pihak kerajaan, Surau ini dianggarkan berharga RM100,000.

           
Dari segi pembangunan keceriaan sekolah, sekolah ini mempunyai 5 Blok iaitu Bnagunan Blok A, Blok B, Blok C, Blok D dan Blok E. Sekolah ini mengalami perubahan keceriaan yang membanggakan sejak akhir-akhir ini. Di bawah kendalian Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu En. Ahmad Badri bin Mardi (1996-1998), beberapa taman dibina. Antaranya ialah Taman Esempi Utama, Taman Esempi Perdana, Taman Sains dan Pentas Dataran Sekolah.
           
Pada tahun 1997, Encik Ishak Talaha bersara dan beliau diganti oleh Puan Che Manis yang bertugas selama 5 bulan sahaja. Pada tahun 1998, En. Markandan Ratnam telah dilantik menjadi Pengetua. Pada tahun 1999, Cik Khoo Guat Kim selaku Penolong Kanan 1 telah bersara dan diganti oleh Cik Chew Yoke Joon. Pada tahun 2000, Encik Markandan bersara, beliau diganti oleh Pn. Hong Yin Wah. Di bawah pentadbiran Pn. Hong Yin Wah, banyak perubahan telah berlaku di sekolah.
           
                        Pada tahun 2000, pelbagai perkembangan telah djalankan oleh pihak sekolah. Antaranya ialah: 
a) Kelas komputer yang bermula pada 28 Februari 2000
b) Kelas tambahan yang meliputi kesemua mata pelajaran yang  berlangsung selama sejam
c) Pondok keselamatan bagi mengawal pergerakan pelajar dan orang ramai di kawasan sekolah.
d) Bangunan surau bagi memudahkan guru-guru dan pelajar bersembahyang
e) Pagar tembok yang diperbuat daripada batu-bata.

Pada tahun 2001, sebuah makmal komputer dibina berhampiran bangunan Blok E. Tujuannya supaya pelajar dapat mempelajari komputer bersesuaian dengan perkembangan teknologi (IT) maklumat di seluruh dunia. Pada tahun 2002, bangunan sekolah telah dicat semula untuk menambah keceriaan dan kecantikan persekitaran sekolah.

                        Pada tahun Febuari 2004, Puan Hong Yi Wah  menjadi Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Assunta. Tempat beliau diganti oleh Puan Loh Mei Ling sehingga bulan Mei 2004. Walaupun jangka masa pentadbiran Puan Loh Mei Ling pendek, belau sempat membina tempat letak kereta berbumbung untuk para pentadbir pihak sekolah. Pada bulan Jun 2004, Puan Nor Hiakmah  menjadi Pengetua yang baru. Beberapa perubahan dan penambahbaikan bangunan terutama keceriaan dilakukan oleh beliau.

Pada tahun 2008, pembinaan bangunan baru iaitu Blok F dimulakan khusus untuk pelajar Tingkatan 6 yang mula ditawarkan di sekolah ini mulai tahun 2005. Blok tiga tingkat ini mengandungi makmal, bilik kelas dan dataran kosong untuk pelbagai aktiviti pelajar

    Pada tahun 2012, Puan Hajah Zuariah menjadi Pengetua yang baru. Di bawah kepimpinan beliau
    banyak idea-idea baru yang diterapkan di kalangan warga Esempi. Wajah ESEMPI banyak berubah,
    antaranya pembinaan Gazebo, Taman Seni, Taman Orkid, Dewan Terbuka, Koperasi Sekolah
    dan Butik Esempi.

Visi Sekolah

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Misi Sekolah

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Matlamat
·         Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.
·         Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
·         Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
·         Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia

Piagam Sekolah

·         Kami , Pentadbir, Guru dan Staf Sokongan SMK Puchong berjanji akan memberi :
·         Perkhidmatan Pendidikan Berkualiti
·         Melahirkan pelajar cemerlang, berketerampilan dan berakhlak mulia
·         Mewujudkan suasana harmoni dan selamat
·         Mempunyai hubungan baik dengan ibubapa dan ahli masyarakat

MOTO Kokurikulum


"Kami Menggenggam Juara"

PERKEMBANGAN SEKOLAH


LENCANA SEKOLAH














                                Lencana sekolah merupakan sebuah perisai berlatarbelakangkan warna biru dan kuning serta bertulis dengan cogankata `ILMU PANDUAN HIDUP’ Bahagian bawahnya tertera nama sekolah `SEKOLAH MENENGAH PUCHONG’ lambing-lambang  dalam lencana sekolah mempunyai maksud yang tersendiri

Warna Biru                           :  Melambangkan kejayaan dalam bidang pelajaran
Warna kuning                      :  Melambangkan agama Islam sebagai agama
(bintang/bulan)                       rasmi  negara
Dua belah tangan                :  Melambangkan pendidikan yang diterima dan direstui Tuhan
Cogankata `ILMU              :  Bermakna oarng yang berilmu akan dapat menjalani kehidupan bahagia
PANDUAN HIDUP     


  
BENDERA SEKOLAH












                Bendera sekolah merupakan mercu tanda Sekolah Menengah Puchong. Bendera ini terdiri daripada jalur kuning dan biru serta berlambang lencana sekolah. Jalur Kuning dan Biru yang sama besar melambangkan matlamat pendidikan adalah untuk memupuk keseimbangan antara ilmu, rohani dan Jasmani. Bendera ini berukuran 90 sentimeter dan 170 sentimeter.


LAGU SEKOLAH

LMU PANDUAN HIDUP

Sekolahku yang tercinta
Bakti suci jasa mulia
Mendidik dan membimbing putera puteri bangsa
SMKP maju jaya

Giat berusaha sentiasa
Teguh tekad murni cita
Untuk kejayaan masa depan kita
Menjadi rakyat berguna

Ilmu tuntut bersama
Panduan hidup jaya
Kuat azam dan cita
Bersendi rukun negara

Kami berikrar sehati
Jasa guru disanjungi
Semangat harmoni perpaduan suci
Membina displin diri

Ciptaan  :  En. Ramlan Haron
SMP 1981


IKRAR PELAJAR DAN SEKOLAH

Bahawanya saya   …Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong berikrar akan:

Menumpukan segala usaha untuk
Mencapai kecemerlangan berlandaskan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Mematuhi peraturan-peraturan
Sekolah serta mencintai sekolah
Dengan sepenuh hati
Menghormati dan memberi
Kerjasama kepada guru-guru
Dan rakan-rakan

IKRAR PENGAWAS
IKRAR PENGAWAS PUSAT SUMBER
IKRAR KETUA TINGKATAN DAN PENOLONG

Bahawasanya saya …
berikrar dan berjanji
akan menjalankan tugas 
sebagai seorang …
mengikut peraturan-peraturan sekolah 
dengan penuh tanggungjawab 
dan taat setia kepada guru
serta menghormati sesama rakan.


FALSAFAH SEKOLAH

  • Berusaha memberi pendidikan bermutu yang dapat melahirkan tenaga rakyat berilmu, berkemahiran dan berdisplin untuk memenuhi keperluan negara
  • Berusaha memupuk semangat kerjasama untuk menuju ke arah perpaduan dan kesejahteraan masyarakat berbilang kaum melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum.
  • Berusaha meningkatkan pencapaian prestasi akademik dan bukan akademik supaya dapat melahirkan pemimpin masyarakat masa depan yang bersih, cekap dan amanah.



  COGANKATA SEKOLAH

ILMU PANDUAN HIDUP


SENARAI PENGETUA

BIL
NAMA PENGETUA

TEMPOH
1
En. Sarhadat bin Baharuddin
(1975 – 1979)
2
En. Baharum bin Mattan
(1980 – 1988)
3
Tuan Haji Zainal Abidin bin Mokhtar
(1988 – 1992)
4
En. Ishak bin Talaha
(1992 – 1997)
5
Pn. Che Manis
(1997 – 1998)
6
En. Markandan Ratnam
(1998 – 1999)
7
Pn. Hong Yin Wah
(2000 -  2004 )
8
Pn. Loh Mei Ling
Feb 2004 – Mei 2004
9
Pn Noor Hiakmah bt. Hamid
Mei 2004 - Nov 2011
10
Pn. Hajah Zuariah binti  Yusoff
 2012 - sekarang




4 comments:

  1. must be update more often..why dont u make a website for this school? it is easier to insert more content such as pic,video,activity and so on..

    ReplyDelete
  2. Forever Love My Schoolhood Times...Even With Happiest Memories Or Sad Memories SMP Still A Emotional Factor Of Mine...

    ReplyDelete
  3. Dah ada pengetua baharu lah...moto pun dah ditukar

    ReplyDelete