ELEMEN 3
Soalan Esei
Jelaskan. Pemeliharaan dan
pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa
dalam kalangan rakyat Malaysia .
Bangunan bersejarah ialah bangunan lama yang ditinggalkan
pemerintah terdahulu di Tanah Melayu dan zaman penjajah Belanda, British dan
Jepun. Di Melaka, banyak bangunan
bersejarah yang boleh kita lawati dan ketahui contohnya seperti A’ Famosa,
bangunan merah Stadhuys, Menara Jam, dan banyak lagi. Selain itu terdapat lagi
bangunan bersejarah seperti Bangunan Kereta Api Tanah Nelayu, Bangunan Sultan
Abdul Samad dan Masjid Jamek.
Pada ketika ini. kerajaan telah menyarankan agar generasi
muda kini dapat menghargai jasa dan pejuang tokoh-tokoh negara ditanah air
kita. Oleh itu,kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk memelihara
dan memulihara bangunan bersejarah agar dengan itu dapat memupuk semangat
cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia .
Aktiviti ini dapat menimbulkan perasaan bangga sebagai rakyat
Malaysia. Sebagai contoh,bangunan yang dibina oleh Portugis di Melaka iaitu
bangunan Kota A Famosa dapat lagi kita lihat dari dulu hingga sekarang,bangunan
itu masih kekal dan tidak berubah.Oleh itu,kita mesti berbangga dengan sejarah negara.
Impaknya, masyarakat akan bekerjasama dan tolong-menolong untuk mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah
ini.
Bangunan bersejarah di
negara kita ini banyak meniggalkan kesan sejarah yang menarik untuk dikenang
seperti bangunan Sultan Abdul Samad yang pernah dijadikan sebagai tempat
pengumpulan raja-raja Melayu sewaktu menentang Malayan Union. Peristiwa sedemikian
mengingatkan kita bertapa susahnya mereka untuk mempertahankan Tanah Melayu ini
daripada jatuh ke tangan British. Ini membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia lebih
menghargai negara kita. Daripada bangunan bersejarah itu kita akan lebih
semangat rajin dan gigih untuk meningkatkan diri sebagai rakyat negara yang
maju dan cinta akan agama bangsa dan negara serta berani dan sanggup mempertahankan
kedaulatan bangsa dan negara.
Kesimpulannya,kita mesti taat dan setia kepada raja dan
pemimpin negara kerana mereka berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan
bangsa dan negara.Oleh itu, kita mesti berterima kasih kepada tokoh-tokoh negara
dengan cara berusaha untuk terus memelihara dan memulihara bangunan bersejarah
tersebut dan yang paling utama ialah bersyukur kepadaNya yang telah memberi kekuatan untuk kita berusaha
memerdekakan tanah air kita ini dari pihak penjajahan British.
Oleh yang demikian, kita haruslah bersama-sama memelihara
bangunan-bangunan ini agar tidak ditelan zaman. Terdapat pelbagai nilai
patriotik yang boleh disemai jika bangunan ini masih kekal hingga akhir zaman.
Kita haruslah bangga dengan bangunan-bangunan bersejarah negara kerana bukan semua negara yang mempunyai
bangunan bersejarah mereka sendiri.
Selain
itu,kita juga haruslah menyemai semangat sedia berkorban untuk negara dan
bangsa seperti tokoh-tokoh Malaya pada zaman dahulu seperti Mat Kilau, Leftenan
Adenan, Hang Tuah, dan ramai lagi telah bertungkus-lumus untuk mempertahankan
negara agar negara tidak jatuh ke tangan kuasa lain. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersyukur sebagai warganegara Malaysia kerana Malaysia adalah sebuah negara yang
kaya dengan bangunan yang bersejarah, permainan tradisional dan kaya dengan
makanan. Bukan itu sahaja, Malaysia
juga ialah negara yang aman dan harmoni. Selain itu, kita juga perlu berbangga
dengan peninggalan sejarah yang memberi kesan yang amat mendalam kepada kita.
Bukan itu sahaja, melalui bangunan bersejarah ini juga, kita
dapat melahirkan modal insan yang mempunyai semangat kekitaan apabila
bangunan-bangunan ini jika ia masih
dipelihara baik oleh kita untuk generasi-generasi yang akan datang. Kita perlu
berusaha dan produktif agar negara menjadi aman dan rakyat bersatu-padu. Kita
harus tabah dalam melakukan sesuatu pekerjaan untuk mengekalkan kedaulatan
negara. Bukan itu sahaja, sebagai rakyat Malaysia , kita harus berdikari
dalam melakukan sesuatu agar tidak mengulangi perkara-perkara yang berlaku pada
masa lampau dimana Tanah Melayu dijajah selama beratus- ratus tahun.
Kesimpulannya, kita perlu kita perlu berdisiplin kepada
bangsa dan negara kerana aktiviti ini akan serba-sedikit menunjukan bahawa
negara kita adalah sebuah negara yang bertolak ansur, harmoni, bersatu-padu,
bersefahaman dan bermuakat. Hal yang demikian serba-sedikit dapat menakutkan
kuasa asing untuk menjajah negara kita.
Itulah cara yang paling efektif dan mudah untuk kita sama-sama melakukan
untuk menjaga kedaulatan negara. Negara menjadi harmoni dan bersatu-padu jika
rakyat sentiasa mendengar, mentaati dan setia kepada raja dan pemimpin negara.
FBK