SMK PUCHONG

Monday, 20 June 2016

Elemen 3 Pemeliharaan dan Pemulihan Bangunan Bersejarah

ELEMEN 3

Soalan Esei

Jelaskan. Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.

          
Bangunan bersejarah ialah bangunan lama yang ditinggalkan pemerintah terdahulu di Tanah Melayu dan zaman penjajah Belanda, British dan Jepun. Di Melaka,  banyak bangunan bersejarah yang boleh kita lawati dan ketahui contohnya seperti A’ Famosa, bangunan merah Stadhuys, Menara Jam, dan banyak lagi. Selain itu terdapat lagi bangunan bersejarah seperti Bangunan Kereta Api Tanah Nelayu, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Masjid Jamek.

Pada ketika ini. kerajaan telah menyarankan agar generasi muda kini dapat menghargai jasa dan pejuang tokoh-tokoh negara ditanah air kita. Oleh itu,kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah agar dengan itu dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.
               
Aktiviti ini dapat menimbulkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Sebagai contoh,bangunan yang dibina oleh Portugis di Melaka iaitu bangunan Kota A Famosa dapat lagi kita lihat dari dulu hingga sekarang,bangunan itu masih kekal dan tidak berubah.Oleh itu,kita mesti berbangga dengan sejarah negara. Impaknya, masyarakat akan bekerjasama dan tolong-menolong untuk  mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah ini.
              
 Bangunan bersejarah di negara kita ini banyak meniggalkan kesan sejarah yang menarik untuk dikenang seperti bangunan Sultan Abdul Samad yang pernah dijadikan sebagai tempat pengumpulan raja-raja Melayu sewaktu menentang Malayan Union. Peristiwa sedemikian mengingatkan kita bertapa susahnya mereka untuk mempertahankan Tanah Melayu ini daripada jatuh ke tangan British. Ini membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia lebih menghargai negara kita. Daripada bangunan bersejarah itu kita akan lebih semangat rajin dan gigih untuk meningkatkan diri sebagai rakyat negara yang maju dan cinta akan agama bangsa dan negara serta berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.
               
Selain itu,melalui aktiviti ini juga akan menimbulkan semangat setia negara dan akan tersemai di jiwa setiap masyarakat.Misalnya tokoh-tokoh negara yang telah mengadaikan nyawa dan harta untuk berjuang habis-habisan untuk memerdekakan tanah air Malaysia yang kita duduki sekarang.

Kesimpulannya,kita mesti taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara kerana mereka berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.Oleh itu, kita mesti berterima kasih kepada tokoh-tokoh negara dengan cara berusaha untuk terus memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut dan yang paling utama ialah bersyukur kepadaNya yang  telah memberi kekuatan untuk kita berusaha memerdekakan tanah air kita ini dari pihak penjajahan British.
             
Oleh yang demikian, kita haruslah bersama-sama memelihara bangunan-bangunan ini agar tidak ditelan zaman. Terdapat pelbagai nilai patriotik yang boleh disemai jika bangunan ini masih kekal hingga akhir zaman. Kita haruslah bangga dengan bangunan-bangunan bersejarah negara  kerana bukan semua negara yang mempunyai bangunan bersejarah mereka sendiri.

            Selain itu,kita juga haruslah menyemai semangat sedia berkorban untuk negara dan bangsa seperti tokoh-tokoh Malaya pada zaman dahulu seperti Mat Kilau, Leftenan Adenan, Hang Tuah, dan ramai lagi telah bertungkus-lumus untuk mempertahankan negara agar negara tidak jatuh ke tangan kuasa lain.  Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersyukur sebagai warganegara Malaysia kerana Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan bangunan yang bersejarah, permainan tradisional dan kaya dengan makanan. Bukan itu sahaja, Malaysia juga ialah negara yang aman dan harmoni. Selain itu, kita juga perlu berbangga dengan peninggalan sejarah yang memberi kesan yang amat mendalam kepada kita.

Bukan itu sahaja, melalui bangunan bersejarah ini juga, kita dapat melahirkan modal insan yang mempunyai semangat kekitaan apabila bangunan-bangunan  ini jika ia masih dipelihara baik oleh kita untuk generasi-generasi yang akan datang. Kita perlu berusaha dan produktif agar negara menjadi aman dan rakyat bersatu-padu. Kita harus tabah dalam melakukan sesuatu pekerjaan untuk mengekalkan kedaulatan negara. Bukan itu sahaja, sebagai rakyat Malaysia, kita harus berdikari dalam melakukan sesuatu agar tidak mengulangi perkara-perkara yang berlaku pada masa lampau dimana Tanah Melayu dijajah selama beratus- ratus tahun.    
           

Kesimpulannya, kita perlu kita perlu berdisiplin kepada bangsa dan negara kerana aktiviti ini akan serba-sedikit menunjukan bahawa negara kita adalah sebuah negara yang bertolak ansur, harmoni, bersatu-padu, bersefahaman dan bermuakat. Hal yang demikian serba-sedikit dapat menakutkan kuasa asing untuk menjajah negara kita.  Itulah cara yang paling efektif dan mudah untuk kita sama-sama melakukan untuk menjaga kedaulatan negara. Negara menjadi harmoni dan bersatu-padu jika rakyat sentiasa mendengar, mentaati dan setia kepada raja dan pemimpin negara.
                                                                                                     FBK

No comments:

Post a Comment